Bengkel SPM, tiada diskriminasi dalam program ini – KPM

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, tiada isu diskriminasi terhadap semua calon yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program yang telah dirancang oleh pihak sekolah melibatkan pegangan agama berbeza sebagaimana yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Johor.

KPM dalam kenyataan berkata, laporan awal mendapati bahawa bengkel tersebut merupakan salah satu dari pelbagai perancangan pihak berkaitan bagi memastikan semua murid tanpa mengira kaum dapat membuat persediaan menjelang peperiksaan SPM.

“Pada 19 dan 20 Jan, Bengkel Persediaan SPM untuk calon telah dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru melibatkan 30 orang calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon GALUS (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain.

“Bengkel yang dilaksanakan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina

KPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Jan bertempat di hotel yang sama untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Jan 2023 bertempat di hotel yang sama,” katanya.

Semalam seorang pengguna Twitter @sangria200 mendakwa mendakwa sebuah sekolah di Johor Bahru mengadakan bengkel peperiksaan SPM dengan mengumumkannya hanya untuk pelajar mata pelajaran agama Islam sahaja.

Dia turut mendakwa bengkel itu meliputi mata pelajaran seperti kimia dan matematik tambahan dan pelajar bukan Islam langsung tidak dimaklumkan mengenainya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker