Pestabola Merdeka: Thailand sah tarik diri

THAILAND tidak akan menyertai saingan Pestabola Merdeka kerana akan memberikan tumpuan kepada Piala Raja Thailand yang akan diadakan pada September depan.

Memetik laporan media Thailand, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memaklumkan tarikh Pestabola Merdeka itu akan bertembung dengan Piala Raja Thailand.

Malah, FAT juga memaklumkan pihak mereka belum menerima sebarang jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menyertai kejohanan itu.



“Setiausaha Agung FAT, Patis Supaphong menyatakan pasukan Thailand sudah mempunyai perancangan ketika kalendar FIFA pada September dan sudah menganjurkan Piala Raja Thailand.

“FAT juga sedang menjemput beberapa pasukan untuk beraksi dalam saingan piala berkenaan,” kata laporan itu.

FAM sebelum ini menyasarkan Thailand, Vietnam, Palestin dan Syria untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.

FAM sebelum ini menjemput Thailand untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.



Beberapa pasukan seperti Vietnam, Palestin dan Syria juga dalam perancangan badan induk bola sepak negara itu untuk dijemput beraksi dalam Pestabola Merdeka.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker