Mayat lelaki ditemukan terapung dalam bekas lombong

SEPANG – Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam bekas lombong berhampiran tapak projek MCT Cybersouth Dengkil, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat lelaki itu ditemui lengkap berpakaian baju-T dan berseluar jeans berwarna hitam oleh seorang saksi yang sedang memancing di tebing lombong itu pada jam 2.30 petang.

“Saksi mendakwa telah melihat mayat itu dalam jarak kira-kira 300 meter, sebelum menghubungi Balai Polis Dengkil untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.



Wan Kamarul Azran berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil telah membantu mengangkat mayat ke tebing lombong tersebut.

“Mayat dianggarkan berketinggian lebih kurang 180 sentimeter dan bertubuh gempal dan disyaki warga asing kerana tiada tanda suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin),” katanya.

Beliau berkata, mangsa juga dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga hari yang lalu berdasarkan keadaan tubuh badannya yang telah lebam dan menggelembung serta kulit menggelupas.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan lombong seluas kira-kira 10 ekar juga tidak menjumpai kenderaan yang digunakan oleh mangsa,” katanya.



Beliau berkata, kawasan lombong itu juga tidak berpagar dan boleh diakses secara bebas.

“Kawasan lombong ini merupakan tumpuan orang ramai untuk memancing,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, hasil pemeriksaan forensik mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker