Isu sedekah undi, Razman pertahan Haji Hadi

Ketika PAS diserang dengan isu pemberian wang tunai sewaktu pilihan raya umum ke-15, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mempertahankan parti itu dengan berkata budaya derma telah menjadi “darah daging” dan sebati dalam perjuangan anggotanya.

Razman juga membalas serangan tersebut dengan menyindir ia hanya dilihat salah oleh “mereka yang biasa bergelumang dengan rasuah”.

“Suka saya tegaskan bahawa budaya derma telah menjadi darah daging dan sebati dalam perjuangan ahli PAS.



“Mungkin mereka yang biasa bergelumang dengan rasuah melihat setiap pemberian itu bermaksud kepentingan diri.

“Bagi PAS dan ahlinya, setiap sumbangan derma bermatlamat akhirat dan rasuah adalah sesuatu yang keji di dalam Islam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dia juga berkata budaya derma telah menjadi antara amalan parti itu, antaranya dalam usaha untuk membangunkan kompleks PAS Perak serta pembelian pacuan empat roda untuk kegunaan Jabatan Amal PAS menerusi kutipan derma.

Pada 21 Jan, Abdul Hadi mempertahankan pengagihan wang tunai oleh PAS kepada pengundi semasa PRU15, dengan mendakwa ia adalah sedekah dan tidak melanggar peraturan pilihan raya.



Ia selepas Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 baru-baru ini bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman, pada 3 Jan lepas.

Dua hari lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Hadi dengan menyifatkan kenyataan yang dibuatnya sebagai hipokrit.

“Kalau dia buat (dipanggil) sedekah, kalau kita (buat) dipanggil rasuah,” kata Zahid.

Mengulas perkara itu, Razman membangkitkan Zahid yang sebenarnya sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah.



“Umno giat menyerang PAS kononnya memberi rasuah pilihan raya. Paling menarik kenyataan itu dibuat presiden Umno yang sedang menghadapi dakwaan kes rasuah di mahkamah.

“Menyamakan PAS yang menghidupkan budaya infaq atau sedekah dengan rasuah yang sedang dihadapi oleh pemimpin Umno itu menunjukkan kecelaruan yang membahayakan negara.

“Apatah lagi yang ditegaskan oleh Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) ialah derma dan sedekah orang awam sekalipun di musim pilihan raya,” katanya lagi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker