“Saya Tak Pernah Lupa….” Anwar Mahu Tawan Semula Permatang Pauh

“Saya Tak Pernah Lupa….” Anwar Mahu Tawan Semula Permatang Pauh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menawan semula Permatang Pauh selepas kubu kuat parti itu terlepas ke tangan Perikatan Nasional ( PN) pada Pilihan Raya Umum ( PRU15) lepas.

Beliau berkata, Permatang Pauh tetap menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara ini dan beliau akan terus membela nasib rakyat walaupun kawasan Parlimen itu kini milik pembangkang.

Anwar berkata beliau tidak pernah melupakan Permatang Pauh meskipun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak 10 tahun yang lalu.

“Saya tak pernah lupa walaupun saya pindah ke Port Dickson, Tambun tapi asas kekuatan kita tetap Permatang Pauh… walaupun kita diuji sekali lagi tetapi kita akan tawan semula.

“Saya sebenarnya seronok balik ke Permatang Pauh. Banyak-banyak tempat saya pergi, bila dimakumkan berkenaan program di sini… saya teliti balik… saya tak boleh lupa kerana terlalu lama jatuh bangun di sini.

“Jasanya ramai… walaupun kita faham kadang-kadang ada renggang di antara orang yang dewasa sikit dengan orang muda… kita kena bagi masa sikit kepada anak muda ikuti perkembangan dan jangan terbawa-bawa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang terlibat rasuah.

Tegasnya, untuk selamatkan negara ini, pimpinan haruslah menunjukkan teladan yang baik dan negara akan rosak jika ada pemimpin yang mengambil rasuah.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Minum Petang Bersama Rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda di Bukit Mertajam pada Isnin.

Meskipun hujan lebat orang ramai khususnya penduduk setempat setia menunggu dan tidak melepaskan peluang untuk merakam detik bersejarah bersama pemimpin nombor satu negara itu.

Hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. AA

“Saya Tak Pernah Lupa….” Anwar Mahu Tawan Semula Permatang Pauh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker