Bandar Di Utara China MOHE Catat Suhu Paling Rendah -53 Darjah Celcius

Bandar Di Utara China MOHE Catat Suhu Paling Rendah -53 Darjah Celcius

BANDAR paling utara di China, Mohe, merekodkan suhu paling rendah sejak penyimpanan rekod moden bermula.

Mohe, yang dikenali sebagai ‘Kutub Utara China’, terletak di wilayah Heilongjiang di sempadan Rusia.



Pada Ahad, stesen meteorologi tempatan mencatatkan suhu -53 darjah Celsius pada jam 7 pagi.

Sebelum ini suhu paling rendah pernah dicatatkan di bandar itu adalah -52.3 darjah Celsius pada tahun 1969.

Suhu paling rendah yang dicatatkan di China adalah -58 darjah Celsius di Genhe, Mongolia pada bulan Disember 2009.

Mohe merupakan bandar paling sejuk di China dan musim sejuk selalunya berlarutan selama lapan bulan.

Keadaan ini menjadikan bandar tersebut popular dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati taman salji dan pusat permainan meluncur.



Minggu lepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan suhu sangat rendah dan angin kencang di beberapa kawasan.

Beberapa kawasan di kawasan pergunungan Khingan, yang melintasi Mongolia dan Heilongjiang, mencatatkan suhu sangat rendah pada hujung minggu, lapor agensi berita Xinhua.

Sejak Jumaat, suhu yang dicatatkan di bawah -50 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Bandar Di Utara China MOHE Catat Suhu Paling Rendah -53 Darjah Celcius



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker