Kuda Dibiar Berkeliaran, Pemilik Digesa Dikenakan Tindakan – Netizen

Kuda Dibiar Berkeliaran, Pemilik Digesa Dikenakan Tindakan – Netizen

AMPANG: Tiga ekor kuda dengan seekor daripadanya dalam keadaan lemah dikesan berkeliaran di jalan raya menghala Bukit Ampang di sini.

Menerusi kemas kini di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kesemua haiwan tersebut dipercayai bertuan, namun tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik.

“Seekor daripadanya kelihatan lemah dan tidak mampu bangun (terbaring di pembahagi jalan).

“Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengesan pemilik untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan,” katanya menerusi perkongsian pada Isnin.

Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, orang awam tampil memaklumkan haiwan tersebut kini telah diselamatkan dan berada di bawah jagaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kuda sudah selamat dalam jagaan pasukan berkuda PDRM. Doakan yang baik-baik,” kata pengguna akaun Facebook, Suzila Hashim.

Ada juga antara orang awam mendakwa pemilik kuda tersebut telah tampil menuntut haiwan tersebut, namun tidak dibenarkan berikutan haiwan tersebut perlu diberi rawatan kerana terdapat kesan luka serta dalam keadaan tidak terurus.

Seorang pengguna media sosial, Naza Majid pula meminta tindakan dikenakan ke atas pemilik kuda berkenaan kerana mengabaikan penjagaan haiwan itu.

“Pemilik tak nak bertanggungjawab, rampas saja haiwan itu dan dan buka untuk adoption.

“Pihak berkuasa tempatan suka benar melengahkan kerja. Kalau sudah rampas dan pemiliknya baru terhegeh-hegeh hendak mengaku maka saman dia. Saman betul-betul bukan takat celah gigi saja,” katanya. SH

Kuda Dibiar Berkeliaran, Pemilik Digesa Dikenakan Tindakan – Netizen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker