‘Tak Apa…Kita Dengar Pandangan Ismail Sabri’ – PM Ulas Isu Kenaikan Harga Bahan Mentah

‘Tak Apa…Kita Dengar Pandangan Ismail Sabri’ – PM Ulas Isu Kenaikan Harga Bahan Mentah

Kerajaan Perpaduan sentiasa berusaha menyelesaikan isu kenaikan harga bahan mentah yang menjadi fokus utama pentadbiran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Anwar berkata, sekiranya dibuat perbandingan, beliau mengakui menteri-menteri yang dilantik dibawah pentadbirannya lebih bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu yang berbangkit.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya terbuka terhadap sebarang cadangan atau komen yang menjurus kepada penambahbaikan termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tak apa… kita dengarlah pandangan dia tetapi penumpuan kita itu sebagaimana kita tahu, bagi memastikan ‘production’ (pengeluaran) itu cukup.

“(Kita juga) memberi dukungan kepada pengeluar dalaman mengenai telur, ayam, sayuran, itu (semua adalah perkara) yang diberi tumpuan.

“Saya sekiranya dibuat perbandingan (dalam tempoh) sebulan setengah, menteri berkenaan (kementerian terlibat) yang bekerja… kalau saya bandingkan, saya boleh akui yang dilakukan sekarang lebih bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ismail Sabri, yang dilapor menyifatkan saranan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli meminta orang ramai tidak mengunjungi restoran dan kedai makan yang menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi, sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya berusaha untuk membantu pemilik restoran dan kedai makan mendapatkan bahan mentah dengan harga yang lebih murah.AA

‘Tak Apa…Kita Dengar Pandangan Ismail Sabri’ – PM Ulas Isu Kenaikan Harga Bahan Mentah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker