Yadim, Kit Siang Kutuk Tindakan Politik Pelampau Bakar Al-Quran Di Sweden

Yadim, Kit Siang Kutuk Tindakan Politik Pelampau Bakar Al-Quran Di Sweden

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata kemarahan dan kekecewaan rakyat Malaysia terutamanya penduduk majoriti Islam berikutan insiden itu adalah wajar.



“Selain mengadakan bantahan menerusi saluran diplomatik, Yadim percaya bahawa ajaran Islam dan al-Quran mesti disebarkan bukan sahaja di dunia Islam semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Kamarul berkata mesej ke arah belas kasihan, rahmah dan kasih sayang serta budi bahasa yang terdapat dan selalu ditegaskan dalam al-Quran mesti ditegakkan serta sebarang percubaan untuk mengundang kebencian dan keganasan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia tidak boleh dibenarkan.

Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang berkata tindakan Paludan bukan sahaja satu perbuatan yang mencemarkan kitab suci agama Islam tetapi juga satu bentuk ucapan kebencian yang tidak dapat diterima sebagai ‘kebebasan bersuara’ dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

“Pembakaran kitab suci agama Islam adalah satu bentuk Islamofobia yang jelas namun pada masa yang sama tindakan mengada-adakan Islamofobia dengan tidak adanya fenomena ini untuk menimbulkan kebencian dan syak wasangka juga merupakan satu perkara yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan jahat,” katanya dalam kenyataan.



Semalam Anwar dilaporkan bukan sahaja mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu malah menggesa kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.

Paludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark ‘Stram Kurs’, diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.– BERNAMA

Yadim, Kit Siang Kutuk Tindakan Politik Pelampau Bakar Al-Quran Di Sweden

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker