Anwar beri lampu hijau untuk SPRM siasat pegawai Menteri PKR

Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Malaysia (SPRM) diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat kes rasuah melibatkan pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, siasatan itu merupakan keputusan SPRM yang mana selari dengan arahan beliau sebelum ini supaya badan berkuasa berkenaan bertindak sekiranya ada asas terhadap mana-mana pihak dan sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak tidak membuat penilaian sendiri berhubung siasatan SPRM terhadap pegawai kanan menteri berkenaan.

“Jangan kita mendahului dari segi menjangkakan apa-apa yang lain, kerana saya tidak ada apa-apa maklumat selain daripada dimaklumkan tentang penahanan, kalau tidak silap, tiga pegawai di kementerian berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan setakat ini, seramai dua individu yang juga pegawai kanan Sivakumar ditahan SPRM berhubung siasatan kes itu sejak semalam.

Menurut laporan media, penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan suspek menubuhkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan walaupun terdapat konflik kepentingan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker