[VIDEO] Indonesia Terima 1.2 Juta Dos Vaksin Covid-19 Dari China, Giliran Malaysia Dijangka Tahun Depan

Baru-baru ini, Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin Covid19 dari China yang diterbangkan menggunakan pesawat Boeing 777-300ER Garuda dari Beijing. 

Menurut laporan Detiknews, Kementerian Kesihatan Indonesia telah menetapkan enam vaksin virus Covid-19 yang akan digunakan di Indonesia. Sejumlah vaksin itu boleh digunakan selepas mendapat kebenaran atau persetujuan oleh Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) di Indonesia.

 

1.8 juta dos vaksin lagi pada awal Januari 2021

Foto: Detik News

Biro Pers, Media dan Informasi, Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan beliau berkata vaksin yang telah diuji sepenuhnya tiba di Jakarta pada 9.25 malam tadi.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata Indonesia akan menerima tambahan sebanyak 1.8 juga dos lagi vaksin itu pada awal Januari 2021. 

Alhamdulillah vaksin sudah tersedia, artinya kita bisa segera mencegah meluasnya wabak Covid-19

Detiknews juga melaporkan sebelum ini Indonesia bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin Covid-19. 

Malaysia dijangka peroleh vaksin awal suku tahun depan

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=abckw5Z2vAc[/embedyt]

 

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, bekalan vaksin untuk Malaysia dijangka diterima pada suku pertama tahun depan, katanya di Dewan Rakyat tadi.

Kini Malaysia sudah menandatangani dua perjanjian yang memberi jaminan bekalan vaksin 30% daripada jumlah populasi negara. Khairy berkata, kerajaan juga telah mengambil pendekatan mengenal pasti portfolio vaksin daripada pelbagai syarikat bagi memastikan bekalan yang cukup untuk rakyat negara ini.

Menurut kenyataan media oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah pun membuat perjanjian dengan syarikat pembekal vaksin Covid-19, Pfizer pada 24 November lalu. Syarikat itu bersetuju untuk membayar kos pengangkutan setiap dos vaksin.

Terdahulu pada 22 November 2020, Malaysia melalui Menteri Kesihatan juga telah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin COVI0-19 untuk 30 peratus rakyat Malaysia.

Melalui perjanjian bersama syarikat Pfizer juga, mereka telah menjanjikan penghantaran sebanyak 1 juta dos bagi suku pertama tahun 2021, disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat-OHBULAN Sumber: Astro AwaniDetik NewsPrime Minister Office.

AS rancang mula agihkan dos vaksin COVID-19 bulan depan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker