MYEG dilantik edar vaksin COVID-19 dari China

KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd (MYEG) dilantik sebagai pengedar tunggal vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical Co Ltd (Zhifei) untuk tempoh tiga tahun.

MYEG dalam satu kenyataan berkata, ia turut menjalin kerjasama dengan Zhifei bagi mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kedua-dua syarikat memeterai memorandum persefahaman (MoU) sebagai persetujuan untuk menjalankan ujian klinikal Fasa 3 vaksin yang dibangunkan Zhifei di Malaysia dan mendapatkan pensijilan halal JAKIM.

“Memandangkan standard halal JAKIM diiktiraf di peringkat antarabangsa, maka akreditasi yang diterima daripada badan ini akan memastikan peningkatan penerimaan vaksin dalam kalangan penduduk Islam global.

“Selain itu, pelaksanaan ujian percubaan Fasa 3 ini akan menjadikan vaksin buatan Zhifei menjadi antara yang pertama untuk melakukan ujian peringkat akhir di bawah seliaan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Zhifei ialah anak syarikat Chongqing Zhifei Biological Products Co Ltd, yang disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen dan terbabit dengan industri produk bilologi sejak 2002, terutama pengeluaran vaksin untuk kegunaan manusia.

Ketika ini, Zhifei adalah antara satu daripada lima syarikat China yang sedang menjalankan ujian klinikal Fasa 3 untuk vaksin COVID-19 di pelbagai pelusuk dunia.

Sebaik selesai ujian Fasa 3 berkenaan, MYEG akan menjadi pengedar tunggal vaksin berkenaan di Malaysia. BH

MyEG sedia khidmat perbaharui cukai jalan motosikal, CDL

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker