AS rancang mula agihkan dos vaksin COVID-19 bulan depan

This picture taken on November 17, 2020 shows a syringe and a bottle reading “Vaccine Covid-19”. – According to the World Health Organization, some 42 “candidate vaccines” against the novel coronavirus Covid-19 are undergoing clinical trials on November 17, 2020. (Photo by JOEL SAGET / AFP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengedarkan sebanyak 6.4 juta dos vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech yang dijangka dilakukan bulan depan, kata wakil kerajaan semalam.

Katanya, vaksin berkenaan boleh diedarkan pada minggu pertama selepas ia diluluskan bagi penggunaan darurat.

Jawatankuasa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) akan bermesyuarat pada 10 Disember depan untuk memutuskan sama ada boleh memberikan lampu hijau terhadap vaksin berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi di Operasi Warp speed milik kerajaan, Jeneral Gustave Perna, berkata kira-kira 40 juta dos vaksin itu bersedia untuk diedarkan pada akhir bulan depan.



Jumlah itu turut merangkumi vaksin lain dibangunkan oleh Moderna dan Institut Kesihatan Nasional yang mengumumkan beberapa hasil keberkesanan awal pada minggu lalu, sekali gus semakin hampir untuk turut memohon bagi kelulusan darurat.

Vaksin Pfizer mempunyai kebolehan membabitkan kadar simpanan jangka panjang pada suhu sejuk sehingga negatif 70 darjah celsius.

Syarikat itu turut mencipta bekas khas dengan ais kering bagi mengekalkan suhu sejuknya sehingga tempoh 15 hari.

Perna berkata, sebanyak 64 bidang kuasa di seluruh AS termasuk 50 negeri dan wilayah seperti ibu negeri, Washington dan Puerto Rico serta tempahan dari India akan menerima nombor peruntukan mereka, pada Jumaat.



Jumlah yang diterima adalah setanding dengan saiz populasi negara masing-masing.

Kerajaan persekutuan akan mengeluarkan saranan terhadap pihak yang perlu diberi keutamaan antaranya warga emas, golongan berisiko tinggi dan barisan hadapan.

Namun, pihak berkuasa tempatan akan memuktamadkan mengenai perkara itu untuk kawasan masing-masing.

Setiausaha Kesihatan, Alex Azar, berkata edaran vaksin akan dimulakan di rumah jagaan orang tua dalam tempoh 48 jam selepas kelulusan darurat diperoleh.



Kerajaan bekerja sama dengan syarikat farmasi ‘CVS Health’ bagi program di rumah persaraan itu. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker