Empat gergasi Eropah mara awal

PARIS: Juventus, Chelsea dan Sevilla masing-masing mencatat kemenangan saat akhir sebelum layak ke kelompok 16 Liga Juara-Juara, manakala Martin Braithwaite meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 Barcelona di Dynamo Kiev untuk turut mara ke pusingan kalah mati.

Keempat-empat pasukan itu melepasi peringkat kumpulan dengan dua perlawanan berbaki.

Erling Braut Haaland, Neymar, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes menemui sasaran untuk pasukan masing-masing.

Hanya Lionel Messi direhatkan oleh Barcelona tetapi skuad kendalian Ronald Koeman masih mampu merakam kemenangan keempat dalam Kumpulan G.



Juventus menyertai Barcelona dari Kumpulan G tetapi gergasi Itali itu terpaksa menanti tandukan pemain simpanan Alvaro Morata dalam masa kecederaan untuk kemenangan 2-1 ke atas Ferencvaros di Turin.

 

Pemain Juventus, Alvaro Morata (kiri) meraikan kejayaan berjaya menyumbat gol bersama rakan ketika menentang Ferencvaros, awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Juventus, Alvaro Morata (kiri) meraikan kejayaan berjaya menyumbat gol bersama rakan ketika menentang Ferencvaros, awal pagi tadi. – Foto EPA

 

Chelsea mara dari Kumpulan E selepas menewaskan Rennes 2-1 di Perancis, dengan Olivier Giroud masuk sebagai pemain simpanan sebelum menanduk gol kemenangan dalam masa kecederaan.



Juara Liga Europa musim lalu Sevilla tidak akan mempertahan trofi mereka selepas mara ke kelompok 16 kejohanan elit Eropah itu susulan kemenangan 2-1 ke atas Krasnodar di Russia.

Sevilla dan Chelsea masing-masing mengutip 10 mata tetapi skuad kendalian Frank Lampard akan bertandang ke Sepanyol minggu depan untuk menentukan juara kumpulan.

Manchester United mendahului Kumpulan H selepas Fernandes meledak dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Istanbul Basaksehir. – AFP

 



Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (empat dari kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan apabila menjaringkan gol ketika menentang Basaksehir di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (empat dari kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan apabila menjaringkan gol ketika menentang Basaksehir di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi. – Foto AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker