“Bukan Urusan Saya, Pas Boleh Rujuk SPR – Anwar

“Bukan Urusan Saya, Pas Boleh Rujuk SPR – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas mempunyai hak untuk menentukan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri yang ditadbir parti itu sama ada secara bersama atau berasingan dengan DUN yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, Pas perlu merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung urusan berkenaan kerana ia tidak membabitkan Perdana Menteri.

“Itu hak mereka (Pas), (itu tertakluk kepada kerajaan negeri) masing-masing dan mereka (boleh) rujuk dengan SPR (berkenaan hal itu).

“(Ia) bukan urusan saya (sebagai Perdana Menteri), cuma (kalau diikutkan) kos (untuk) mengadakan (PRN) secara berasingan itu tentu akan jauh meningkat,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam pada Isnin.

Pada Sabtu, Pas berkata tidak akan membuat keputusan bersama dengan PH dalam menentukan pembubaran DUN di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jika negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN Jun ini, itu terpulang kepada mereka.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, belum ada perbincangan rasmi antara gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN.

“Belum, dari segi secara rasminya belum walaupun saya tidak menghalang pimpinan di peringkat negeri mengadakan perbincangan tetapi secara rasmi belum dimulakan,” katanya.AA

“Bukan Urusan Saya, Pas Boleh Rujuk SPR – Anwar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker