Hannah Yeoh maklumkan Allahyarham Abd Rani Osman sahabat sejati

Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh menyifatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Abd Rani Osman seorang sahabat sejati dan pemergian beliau secara mengejut pada pagi semalam sangat memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

Hannah yang juga menteri belia dan sukan berkata, walaupun mereka berbeza pandangan politik dan pegangan agama tetapi beliau mengenang Allahyarham sebagai satu-satunya malah seorang sahabat yang paling dikasihi.

“Saya menjadi saksi bahawa Rani adalah seorang insan yang baik. Benar, masakan tidak, setiap kali saya diserang kerana kepercayaan agama saya, beliaulah yang akan meyakinkan saya untuk tidak berasa bimbang.

“Apabila anak perempuan saya dilahirkan dan diadakan majlis ringkas di gereja, Rani turut menghadirinya. Semasa isu serbuan DUMC berlaku, beliaulah mengetuai delegasi ahli politik Islam untuk berdialog dengan pihak gereja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.



Kata Hannah, Allahyarham memperlihatkan kepadanya bagaimana kita boleh menjalani kehidupan bersama dengan orang yang berlainan agama.

Hannah berkata, apabila Pakatan Rakyat berpecah, Rani terus kekal dalam PAS tetapi mereka masih bersahabat dan saling bertanya khabar.

“Apabila papan iklan kempen saya dirosakkan baru-baru ini, saya mendapat mesej daripada Rani yang bertanyakan keadaan saya,” katanya.

Menurut Hannah, kali terakhir beliau berjumpa dengan Allahyarham adalah pada tahun lalu apabila mereka sempat makan bersama di Meru.



“Saya berasa lega kerana tidak menangguhkan hasrat tersebut,” katanya.

Katanya, dia sangat terkejut dan hampir tidak percaya apabila mendapat berita sahabat baiknya itu meninggal dunia pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina.

“Dalam keadaan yang masih terkejut, saya terus menghubungi isteri arwah dan beliau mengesahkan berita tersebut. Saya kemudiannya bergegas ke Meru untuk menziarahi arwah dan memberikan penghormatan terakhir buatnya.

“Saya benar-benar bersyukur kerana dapat hadir di hari pengebumiannya. Air mata saya tidak tertahan lagi semasa berada di sini. Beliau tentunya akan sangat dirindui,” katanya.



Allahyarham yang juga bekas ADUN Meru meninggal dunia semalam, selepas tidak sedarkan diri ketika sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Carey, Kuala Langat.

Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker