Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

PARIS – Doktor-doktor terpaksa membuang buah zakar seorang lelaki selepas dia dipukul pada pangkal paha oleh polis semasa menyertai demonstrasi di Paris minggu lalu, lapor akhbar Mail Online semalam.

Imej dan rakaman kejadian yang tular itu memaparkan anggota polis memukul seorang lelaki yang terjatuh di atas jalan pada bahagian kelangkang mangsa sebelum beredar.

Insiden berlaku semasa rusuhan yang mencemari protes aman membabitkan puluhan ribu orang kerana membantah rancangan kerajaan menaikkan had umur persaraan. Sekitar satu juta orang berarak di bandar-bandar di seluruh Perancis Khamis lalu.

Mangsa berusia 26 tahun yang dikenal pasti oleh akhbar Perancis sebagai seorang jurutera berkata, dia dipukul oleh seorang anggota polis ketika merakam gambar konfrontasi antara penunjuk perasaan dan polis.

Seorang lagi anggota polis menyerbu ke arahnya dan memukul pangkal paha mangsa.

Peguam mangsa, Lucie Simon berkata, dia memfailkan aduan bagi pihak anak guamnya kerana ‘keganasan sukarela dan membawa kepada kecacatan yang dilakukan oleh seorang penjawat awam’.

“Ia adalah pukulan kuat sehingga buah zakar mangsa terpaksa dipotong,” kata Simon sambil menambah, jurutera itu masih menjalani rawatan di hospital.

Ketua Polis Paris, Laurent Nunez mengarahkan kejadian itu disiasat selepas  kemarahan orang ramai semakin meningkat kerana kekerasan berlebihan oleh pihak polis.

Lelaki itu memberitahu akhbar Liberation bahawa dia akan mengemukakan saman berhubung kes tersebut. – Agensi

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker