‘Mana Ada Turun Harga? Harga Barang Apa Yang Turun?’ – Peniaga Kesal Bahan Mentah Masih Mahal

‘Mana Ada Turun Harga? Harga Barang Apa Yang Turun?’ – Peniaga Kesal Bahan Mentah Masih Mahal

Golongan peniaga mendakwa harga bahan mentah tidak turun malah kebanyakannya masih sama seperti sebelum ini, sekali gus menyukarkan mereka menurunkan harga jualan makanan seperti disarankan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kumpulan peniaga gerai makanan dan restoran yang ditemui turut tidak bersetuju dengan teguran Rafizi yang mendakwa sesetengah mereka sengaja enggan menurunkan harga makanan dan minuman.

Menurut pemilik restoran Kak Som Tomyam Kg Bharu, Linda Sabri, dia tidak melihat ada sebarang penurunan harga bahan mentah lagi setakat ini.

“Sekarang ni walau menteri kata harga bahan mentah turun tapi pembekal yang kita ambil tidak menunjukkan sebarang penurunan harga, masih sama.

“Kalau kita sendiri nak turunkan harga jualan makanan tapi kita beli bahan mentah dengan harga pasaran semasa, rugilah kami,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Linda Sabri mengulas mengenai harga bahan mentah. - Gambar/ Astro AWANI

Linda Sabri mengulas mengenai harga bahan mentah. – Gambar/ Astro AWANI

Sementara itu, peniaga air di Ampang, Hyrul Ameer Mydin mempersoalkan kenyataan bahawa harga barang mentah sudah turun.

“Sekarang barang mana ada turun. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu susu satu karton dijual pada harga RM105. Sekarang jadi RM145. Harga Milo untuk dua kilogram dulu RM33 sekarang dah RM39.50 manakala Nescafe dulu RM34 sekarang RM44.

“Macam mana mereka kata macam itu, harga barang apa yang turun?,” soalnya.

Hyrul Ameer Mydin berkata, kenaikan harga bahan mentah meningkatkan kos sekali gus menyukarkan peniaga menurunkan harga. - Gambar/ Astro AWANI

Hyrul Ameer Mydin berkata, kenaikan harga bahan mentah meningkatkan kos sekali gus menyukarkan peniaga menurunkan harga. – Gambar/ Astro AWANI

Bagi Yarni M Nasir yang menjual nasi campur selama belasan tahun di Ampang, katanya tiada bahan mentah yang turun harga, sebaliknya harga ikan semakin mahal.

“Harga barang tak tak turun pun, saya beli harga sama saja dari dulu sampai sekarang. Yang saya tahu ada peningkatan harga ikan, ikan jadi mahal.

“Kadang-kadang memang tak sampai hati nak jual kepada pelanggan. Kalau kita beli ikan sekilogram dah RM20, bila dah masak seekor jadi RM5… mesti nak jual harga lebih untuk ambil sedikit keuntungan.

“Perlu juga kira kos pekerja, harga minyak dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi dilapor menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.

Beliau berkata kerjasama daripada peniaga restoran dan kedai makan untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka. AA

‘Mana Ada Turun Harga? Harga Barang Apa Yang Turun?’ – Peniaga Kesal Bahan Mentah Masih Mahal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker