Isteri tembak mati suami terlantar di hospital

MIAMI, FLORIDA – Seorang warga emas berusia 76 tahun menembak mati suaminya yang terlantar sakit di sebuah hospital atas permintaan mangsa sendiri, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita berkenaan, Ellen Gilland dipercayai melakukan perbuatan tersebut selepas berpakat dengan suaminya beberapa minggu sebelum kejadian itu, kata polis.

Beberapa anggota polis dikerahkan ke Hospital AdventHealth Daytona Beach pada Sabtu lalu selepas menerima laporan mengenai seseorang yang ditembak, demikian menurut saluran berita tempatan.

Ellen kemudian dikepung oleh anggota polis di apartmen tingkat 11 milik suaminya, Jerry Gilland, selepas dia menembak lelaki berkenaan. Dia  ditangkap serta didakwa dengan kerana membunuh.

Menurut suspek, dia berbual dengan suaminya kira-kira tiga minggu lalu mengenai penyakit tersebut yang boleh membawa maut.

“Mangsa memutuskan bahawa jika ia terus merosot, dia mahu isterinya menamatkan riwayat hidupnya.

“Pada mulanya, saya fikir rancangan itu adalah satu pembunuhan diri. Jadi, selepas membunuh suami, dia akan membunuh dirinya sendiri tetapi dia tidak melakukannya,” kata Ketua Polis Daytona, Jakari Young. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker