Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Komen wanita itu bagaimanapun menerima lebih 100 respons daripada pengguna laman sosial tersebut yang turut saling bertukar teori tentang misteri kemunculan suami Lucy. – Foto: Agensi

LONDON – Seorang wanita mendakwa terlihat sosok tubuh suaminya yang sudah meninggal dunia pada 2014 dalam video promosi sebuah restoran.

Rakaman ditunjukkan Spice Cottage di perkampungan Westbourne, West Sussex di United Kingdom (UK) itu memaparkan beberapa pengunjung sedang menikmati hidangan dan diakhiri dengan tepukan untuk staf di premis berkenaan.

Lucy Watson yang keliru menerusi ruangan komen bertanyakan tentang waktu rakaman itu dibuat.

Komen itu dibalas restoran itu,“Hai Lucy, video ini direkodkan pada minggu lalu,” merujuk kepada tarikh klip tersebut dimuat naik di Facebook pada 16 Januari lalu dengan kapsyen ‘Tahun Baharu, mood baharu. Sejak beberapa minggu lalu, kami telah bekerja keras untuk memastikan pengalaman makan di restoran ini menjadi detik yang berharga’.

Komen wanita itu bagaimanapun menerima lebih 100 respons daripada pengguna laman sosial tersebut yang turut saling bertukar teori tentang misteri kemunculan suami Lucy bersama anaknya.

Seorang pengguna media sosial juga mengaitkan kejadian itu dengan kisah John Darwin yang didakwa memalsukan kematiannya untuk penipuan insurans hayat setelah ‘menghilangkan diri’ dengan bot miliknya pada 2002. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker