Konsert Jay Chou: ‘Kuasa menteri tak boleh disalah guna’ – Hannah Yeoh

Konsert Jay Chou: ‘Kuasa menteri tak boleh disalah guna’ – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan gesaan Ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu meminta beliau menggunakan kuasa untuk ‘mengorbankan’ konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou.

Tegas Yeoh, sebagai menteri, beliau tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.

Ahli Parlimen Segambut itu menambah, konsert Jay Chou yang dijadual berlangsung 15 Januari ini juga merupakan konsert ‘world tour’, dengan sebanyak 45,000 tiket sudah terjual.

“Kuasa menteri tu tak boleh disalah gunakan.

“(Stadium) Axiata Arena hanya boleh muat 13,000. Nak keluarkan kenyataan politik, kena rajin semak fakta dulu,” katanya dalam kemas kini di laman Twitter pada Jumaat malam.

Pada Khamis, Yeoh menjelaskan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa yang berlangsung pada 15 Januari.

Hannah berkata pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan ditempah awal oleh pihak penganjur sejak Mac 2019 dan mustahil untuk mengubah situasi berkenaan memandangkan itu turut melibatkan jumlah kru yang ramai.

Kekosongan 21,000 tempat duduk itu mendapat kritikan daripada peminat bola sepak tanah air termasuk Wan Ahmad Fayhsal.

Beliau berkata Stadium Nasional Bukit Jalil perlu digunakan sepenuhnya untuk perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF pada Sabtu ini.

Ini kerana, jelas Wan Fayhsal berkata pada separuh akhir Piala AFF 2018, seramai 87,545 penyokong hadir menyaksikan perlawanan berkenaan berbanding kali ini apabila 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan.

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan kesemua 59,000 tiket untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFF Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil habis terjual.AA

Konsert Jay Chou: ‘Kuasa menteri tak boleh disalah guna’ – Hannah Yeoh

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker