Isu Pertukaran agama: JAIS dapat lampu hijau dari Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kerajaan negeri bagi mengembalikan agama Islam seorang wanita berusia 35 tahun.

Dalam keputusan majoriti dua-satu, panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Yaacob Md Sam (yang membuat keputusan majoriti bersama Mohd Nazlan Mohd Ghazali) membenarkan rayuan berkenaan berhubung kes seorang wanita yang dilahirkan oleh bapa beragama Hindu dan ibu beragama Buddha yang kemudiannya memeluk agama Islam, kepada Islam.

Seorang lagi hakim, P Ravinthran membuat keputusan tidak bersetuju.



Mais dan kerajaan negeri Selangor mengemukakan rayuan bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam (bidang kuasa sivil) 2021 yang membenarkan permohonan wanita itu bagi membatalkan pemelukan Islam ketika dia masih muda.

Pada tahun 1991, ibunya – yang kemudian berpisah dengan bapanya yang beragama Hindu – memeluk agama Islam dan meminta bantuan Jabatan Agama Negeri Selangor (Jais) untuk mengislamkan wanita itu – ketika dia berusia 5 tahun.

Dua tahun kemudian, Jais mengeluarkan sijil penukaran agama kepada wanita itu. Bagaimanapun, ibunya – setelah berkahwin dengan seorang lelaki Islam ketika itu – membenarkannya untuk terus mengamalkan ajaran Hindu.

Mahkamah syariah sejak itu menafikan permohonanya untuk membatalkan penukaran agama kepada Islam.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker