Pertandingan presiden atau solidariti hadapi PRN

Pertandingan presiden atau solidariti hadapi PRN

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan ucapan dasar sempena Persidangan Agung UMNO 2022 (PAU2022).

Jika pada Taklimat Presiden, beliau menerangkan proses dan kronologi UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan Perpaduan – hari ini – Ahmad Zahid dijangka akan menerangkan secara lebih terperinci kenapa menyertai kerajaan bersama Pakatan Harapan kepada perwakilan.



Namun sudah tentu ramai ternanti-nanti sama ada beliau akan menyentuh isu hangat semasa PAU2022 mengenai pertandingan jawatannya dalam parti tidak lama lagi.

Walaupun secara peribadi seperti dilaporkan, beliau tidak gentar dicabar namun mood perwakilan sayap yang bersidang semalam mahu jawatannya tidak dipertandingkan.

Bukan sahaja ketua-ketua bahagian sebulat suara mencadangkan perkara itu malah panglima sayap-sayap parti juga senada.

Mereka berpendapat, jawatan presiden tak perlu dipertandingkan memandangkan parti memerlukan kekuatan untuk berhadapan dengan enam pilihan raya negeri tidak lama lagi.



Jadi, sebarang perpecahan dalam parti bukan pilihan semasa ‘peperangan’.

Tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti pernah dilakukan pada zaman mantan-mantan presiden sebelum ini.

Namun ada juga yang mahu ia dipertandingkan seperti cadangan mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan beberapa ahli parti yang tersingkir di luar parti.

Ada juga pemimpin mahu pertandingan diadakan bagi menentukan keabsahan dan tidak ‘mematikan’ demokrasi dalam parti.



Difahamkan, Ahmad Zahid mahu perkara itu diputuskan oleh ahli akar umbi sendiri bukan pemimpin UMNO.

Malah beliau sendiri tidak mahu isu itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini.

Bagaimanapun, PAU2022 hari ini tidak ada usul berkaitan isu itu kerana hanya satu usul sahaja dibenarkan iaitu bagi meminda perlembagaan parti.

Lagi pun, keputusan sama ada berlaku pertandingan jawatan tertinggi ada atau tidak bukan perlu diputuskan oleh PAU2022.



Mood sepanjang sesi perbahasan perwakilan hari ini dan pagi esok juga perlu dilihat bagi memudahkan parti membuat keputusan. MG

Pertandingan presiden atau solidariti hadapi PRN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker