Remaja maut tercampak dari Orlando Free Fall di taman tema



FLORIDA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut akibat tercampak semasa menaiki tunggangan Orlando Free Fall di taman tema Icon, Orlando, Khamis lalu.

Lapor Daily Mail, mangsa, Tire Sampson berasal dari Missouri sedang bercuti bersama keluarga rakannya.

Mangsa dikatakan tergelincir dari tempat duduknya semasa menaiki tunggangan dengan kelajuan 75 kilometer sejam itu, kira-kira pukul 11 malam.

Orlando Free Fall mula beroperasi sejak Disember tahun lalu, dengan ketinggian 131 meter dan mampu memuatkan 30 orang pada satu-satu masa.

Sheriff Orange County, John Mina berkata, kemalangan itu merupakan satu tragedi yang dahsyat dan pihak polis akan melakukan siasatan terhadap pemilik taman tema itu.




Jelasnya, sekeping gambar mangsa menunjukkan dia sedang duduk dengan tali pinggang masih terbuka dan tidak ditarik ke bawah untuk mengikat tempat duduknya.

“Tidak dapat dipastikan sama ada tali pinggang itu dipakai sepenuhnya ketika dia berada di udara, atau pengendali taman tema tidak melakukan semakan bagi memastikan mangsa diikat,” katanya.

Difahamkan, Sampson dan pengunjung lain diberitahu bahawa tiada tali pinggang keledar tambahan semasa menaiki tunggangan itu.

Sebaliknya, satu-satunya penghalang yang mengelakkan mereka jatuh dari tempat duduk adalah pendakap plastik dan tali pinggang tarik ke bawah yang sepatutnya dipasang di antara kaki penumpang.

Permainan itu kemudian naik ke atas dan berhenti selama 10 saat sebelum jatuh ke bawah.




Ketika itulah, mangsa terjatuh dari tempat duduknya ke tanah sehingga menyebabkan penunggang lain ketakutan.

Rakaman video menunjukkan seorang pekerja berlari ke arah petugas permainan itu dan mempersoalkan tindakan tidak menyemak aspek keselamatan terlebih dahulu.

Pekerja taman tema itu berkata, mereka mulanya menyangka mayatnya adalah sebahagian daripada tunggangan yang terputus.

Namun akhirnya terkejut apabila mendapati seorang remaja lelaki terbaring di atas tanah.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan sama ada ketinggian minimum tunggangan itu atau aspek kecuaian yang menyebabkan mangsa boleh terlepas dari tali pinggang yang dipakai.




Remaja itu dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Insiden itu merupakan kemalangan kedua di taman tema itu dalam tempoh dua tahun.

Pada 2020, seorang pekerja taman tema maut ketika melakukan penyelenggaraan tunggangan StarFlyer. 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Leave a Reply

Your email address will not be published.