Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti

Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti

Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, beliau sedang meneliti usul dikemukakan Ahli Parlimen pembangkang untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Azhar Azizan berkata, beliau sudah menerima usul berkenaan dan akan meminta penjelasan daripada Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengenai kenyataannya berkaitan Ordinan Darurat yang didakwa mengelirukan Dewan, sebelum memberikan maklum balas.

“Saya sedang meneliti usul itu. Saya sudah terima daripada Yang Berhormat dan akan meminta penjelasan sedikit daripada Menteri, dan akan memeriksa hansard,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) berhubung kedudukan usul dikemukakannya dan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang), pagi tadi.

Sesi permulaan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi tadi kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya usul untuk merujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen segera diputuskan.

Gobind berkata, beliau memfailkan usul berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) selepas mendakwa kenyataan Takiyuddin pada Isnin lalu, mengenai Proklamasi Darurat dan pembatalan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu mengelirukan Dewan.

Semalam, Takiyuddin memaklumkan, semua isu berkaitan Proklamasi Darurat dan ordinan berkaitan akan dijelaskan beliau pada Isnin ini. BH

Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker