Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat

Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat

Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah) tidak setuju dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menangguhkan penjelasan atau jawapan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Ahli Jawatankuasa Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim menyatakan, pengumuman pembatalan itu yang dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan semalam, mengundang perdebatan hangat dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.

“Secara peribadi dan sejujurnya, saya sendiri kurang faham, jauh sekali bersetuju dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menangguhkan penjelasan atau jawapan oleh menteri berkenaan pada hari Isnin depan.

“Azhar Harun kerap kali menegaskan bahawa keputusan beliau itu adalah selaras dengan Aturan Mesyuarat Dewan.

“Saya berbeza dengan beliau kerana persoalan yang berbangkit adalah keabsahan undang-undang dan prinsip perlembagaan yang harus diselesaikan terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Jelas beliau, keabsahan undang-undang dan prinsip perlembagaan yang harus diselesaikan adalah bagaimana Ordinan Darurat tersebut boleh dibatalkan pada 21 Julai lalu?

Sedangkan, kata beliau, semua pihak belum dengar sebarang perkenan yang telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi tiada warta kerajaan yang mengesahkannya.

Selain itu, beliau turut percaya jika ketiadaan situasi itu, maka Ordinan Darurat tersebut wajib bukan sahaja dibentangkan, tetapi dibahaskan sebelum diputuskan sama ada untuk diteruskan atau dibatalkan, yang mana tidak juga berlaku.

“Justeru, saya melihat jelas sekali tindakan Takiyuddin ini adalah bercanggah dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak nampak urusan lain harus didahulukan berbanding penjelasan tersebut kerana jika penjelasan yang bakal diberikan nanti tidak diterima oleh Dewan, maka semua urusan mesyuarat yang telah mendahului akan menjadi akademik dan tidak relevan,” katanya.

Wan Anwar yang merupakan mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat kesembilan berkata, Azhar Azizan diminta jangan sekali-kali cuba berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat Dewan.

“Kita sedia maklum, beliau mempunyai kuasa untuk menentukan aturan urusan mesyuarat dan mengarahkan menteri berkenaan memberikan penjelasan serta merta atau sesegera mungkin.

“Bukan dengan terus memberikan talian hayat kepada pihak kerajaan yang jelas melanggar prosiding Dewan dan Perlembagaan.

“Harus diingat, tanpa Perlembagaan, tiada Parlimen dan tiada Yang Dipertua Dewan,” katanya. MG

Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker