Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid

Sebaran :

Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid

Tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin membatalkan ordinan darurat secara “senyap-senyap” menyebabkan “perundangan negara dalam kedudukan cacamarba” sejak beberapa hari lalu, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Pembatalan secara senyap-senyap itu mengejutkan ramai pihak kerana tidak dilakukan mengikut Perlembagaan,” kata beliau merujuk kepada pengumuman mengejut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu bahawa ordinan-ordinan darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Beliau berkata Ahli Parlimen Umno, Noh Omar yang menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat turut membayangkan beliau tidak tahu tentang pembatalan itu.

Lebih mengelirukan pembatalan Ordinan itu masih belum diwartakan di Warta Persekutuan, tetapi pengumuman telah dibuat kerajaan, tambah Zahid.

Keadaan ini, menurut Zahid, menimbulkan kecoh di Dewan Rakyat pada persidangan khas yang bermula Isnin lalu, selain menyebabkan “aspek perundangan negara dalam kedudukan cacamarba dalam tempoh beberapa hari lalu.”

“Benar kita tuntut Ordinan Darurat yang memberi kuasa melampau kepada kerajaan sehingga melemahkan demokrasi dibatalkan.

“Tetapi ia wajib dilakukan secara ‘proper’ (betul), berdasarkan Perlembagaan (dan) mengikut lunas undang-undang, semangat dan falsafah demokrasi,” kata beliau.

Zahid juga berkata ramai berpandangan kerajaan tiada kuasa membatalkan Ordinan Darurat begitu sahaja termasuk pengamal perundangan dan ahli akademik.

“Mereka berpendapat hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk membatalkannya selepas Ordinan Darurat itu dibentang di hadapan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, sehingga sekarang pihak berkenaan masih berdolak-dalik dalam memberi jawapan tegas sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Menteri (Takiyuddin) kata beliau cuma boleh jawab pada hari Isnin. Menteri ‘petik’ Yang Dipertua Dewan Rakyat yang beri petua suruh begitu.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat pula ‘petik’ aturan mesyuarat. Beliau kata hari Isnin adalah disebabkan aturan mesyuarat. Maka kecohlah jadinya kerana menteri dan Speaker kelihatan berdolak-dalik.

“Benda “simple (senang)” susah nak jawab, semacam ada muslihat,” kata Zahid.

Sebelum ini, Zahid berkata Umno tidak tahu-menahu mengenai pembatalan yang dibuat pada 21 Julai lalu biarpun kerajaan turut dianggotai Ahli Parlimen Umno.

Katanya, ia adalah antara bukti mengapa parti itu tidak boleh dikaitkan dengan kegagalan kerajaan apabila mereka hanya bekerja untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), ibarat seperti pemain import pasukan A yang dibayar untuk bermain bagi pasukan B. FMT

Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)


Sebaran :

Leave a Reply