Parti Melayu, konservatif tak akan terkubur, pengundi ada cita rasa

Parti Melayu, konservatif tak akan terkubur, pengundi ada cita rasa

Parti politik berasaskan Melayu atau nilai konservatif rentas bangsa tidak akan terkubur dalam tempoh lima hingga tujuh tahun, kata Umno Johor.

Ketuanya, Hasni Mohammad, berkata demokrasi akan menjadi lebih baik apabila parti politik menghormati cita rasa pengundi.



Kenyataan itu dibuat susulan ramalan dibuat Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa Umno-BN akan terkubur dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lagi.

“Parti-parti politik berasaskan Melayu atau secara umumnya politik kepartian berasaskan nilai-nilai konservatif rentas bangsa tidak akan berkubur dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lagi.

“Buat waktu ini, lebih elok untuk setiap parti kekal fokus dalam memberikan tawaran terbaik untuk rakyat. Demokrasi akan jadi lebih baik apabila parti-parti politik menghormati kepelbagaian cita rasa pengundi,” kata Hasni dalam Facebook.

Dalam hantaran di media sosial itu, Hasni berkongsi tangkap layar laporan dakwaan Rafizi yang turut mendakwa parti lawan seperti PAS dan Bersatu akan turut sama berkubur bersama-sama Umno-BN.



Malah, Rafizi berkata, adalah mustahil untuk Umno yang sudah rosak boleh membina semula kekuatan dari bawah. FMT

Parti Melayu, konservatif tak akan terkubur, pengundi ada cita rasa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker