Gula-Gula Gelatin Babi: ‘Jangan Tipu, Kalau Ada Babi, Beritahu Ada Babi…’ – Idris Ahmad

Gula-Gula Gelatin Babi: ‘Jangan Tipu, Kalau Ada Babi, Beritahu Ada Babi…’ – Idris Ahmad

Kerajaan memberi amaran kepada segelintir peniaga agar tidak memanipulasi logo halal dan menipu bahan-bahan yang terdapat di dalam produk yang dijual termasuk jenama gula-gula yang didakwa mengandundi ‘gelatin babi’ seperti tular baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengambil tindakan sekiranya perkara itu berlaku.

“Pertamanya soal sebegini kita harap mereka yang meniaga ini jangan tipu. Kalau ada babi, beritahu babi lah (ada kandungan). Apa masalah? Kita bukan nak halang orang lain makan, itu hak (pengguna bukan Islam). Yang kita nak jaga ini ialah untuk keperluan orang Islam sendiri (seperti ada) tanda halal tadi.

“Kedua, jangan nak meniaga sampai nak peralatkan agama begitu rupa. Kena jaga sensitiviti majoriti rakyat kita, iaitu orang Islam. Jangan sampai awak menggunakan agama seperti tanda halal semata-mata untuk komersial (produk) yang ada pada awak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Nadwah Ulama dan Ilmuan Islam (Nuim) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial dakwaan bahawa satu jenama gula-gula mengandungi unsur babi tetapi memiliki tanda halal pada pembungkus.

Menerusi ciapan yang dihantar oleh sebuah akaun di sebuah Twitter itu, ‘gelatin babi’ antara yang tercetak dalam senarai bahan-bahan bagi pembuatan gula-gula berkenaan.

Mengulas lanjut, Idris berkata pihak Jakim dan Bahagian Pengurusan Halal Negeri tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan tanda halal.

Sebaliknya tegas beliau, pengeluaran logo halal perlu melalui prosedur dan garis panduan ketat yang telah ditetapkan.

Ujarnya, masyarakat perlu meneliti kandungan dalam sesuatu produk sebelum membeli, dan membuat laporan segera jika ia bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan.

Mengenai ajaran sesat Hadi Minallah pula, Idris berkata Jakim masih lagi giat mengesan kumpulan tersebut.

Jelasnya, serbuan yang dilakukan baru-baru ini mendapati individu berkenaan tidak berada di lokasi yang didakwa menjadi pusat operasi ajaran sesat.

“Setakat ini tidak dapat dikesan. Tidak tahu siapa dia, hari itu kita sudah pergi ke pejabat dia, memang pergi tengok tetapi dia tak ada. Sebab itu kita sedang mencari lagi.

“Kedua, kalau nak ambil tindakan ia mesti diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sebab perkara ini tiada lagi dalam fatwa (ajaran sesat baharu) dan ia tak boleh ambil tindakan,” ujarnya.

Pada 8 Ogos lalu, Idris dilapor berkata Jakim sudah mengenal pasti lokasi pusat operasi Hadi Minallah.

Kumpulan ajaran Hadi Minallah yang berasal dari negara jiran dikesan berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.AA

Gula-Gula Gelatin Babi: ‘Jangan Tipu, Kalau Ada Babi, Beritahu Ada Babi…’ – Idris Ahmad

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker