Zahid tegaskan hubungannya dengan Ismail Sabri mesra dan utuh

KUALA LUMPUR – Bercakap di depan lebih 10,000 perwakilan pemuda BN, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menegaskan hubungan beliau dengan Ismail tetap “mesra” dan teguh walaupun terdapat “cakap-cakap” mengenai hubungan dingin antara mereka.

“Jangan risau…’chemistry’ saya dengan beliau tetap teguh…ribuan pemilihan Umno kami rentasi, dalam berpandukan citra kita tidak ada masalah peribadi asalkan PRU diadakan tahun ini,” katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera dalam apa situasi sekalipun.

Beliau yang juga Presiden UMNO itu berkata, perkara itu harus disegerakan demi kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Isyaratnya adalah jelas dan nyata. Kita tengah tunggu tarikh PRU, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir dan hujan lebat.

“Tetapi kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bubar (Parlimen) masa banjir, (kita) sanggup redah untuk bertanding.

“Seluruh jentera kena turun walaupun masa banjir dan ribut taufan,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beberapa pendekatan bukan hanya kepada penyokong-penyokong tegar parti itu juga perlu dilaksanakan merentasi demokrasi pelbagai bangsa.

“Saya yakin dengan semangat yang ada pada pemuda khususnya jentera Pemuda BN, jentera BN wanita dan juga BN puteri akan rampas semula dengan dominan.

“Jangan lupa kali ini pendekatan kita adalah pemuda wanita dan puteri serta di cawangan-cawangan harus bekerjasama sebagai satu pasukan solidariti BN,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker