SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam

‘Pengadu palsu’ dalam talian jerat penjawat awam

SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam

Sejak menjadi penjawat awam, Aisara (bukan nama sebenar) berkhidmat penuh integriti dengan menumpahkan tenaga dan kudratnya buat negara.

Tidak pernah orang ramai mengadu mengenai khidmatnya. Namun, keadaan itu berubah apabila pegawai wanita berusia 40-an itu mendakwa menjadi mangsa tuduhan palsu menerusi aplikasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), baru-baru ini.



Aplikasi dibangunkan Biro Pengaduan Awam (BPA) itu dakwanya ibarat “mimpi ngeri buat penjawat awam”, apabila terdedah tuduhan tanpa asas dan berdepan tindakan tatatertib yang boleh menjejaskan kerjaya.

“Saya berdepan tuduhan tidak berasas sehingga disoal siasat pegawai integriti, mujur saya berjaya membuktikannya fitnah dan terlepas tindakan tatatertib,” katanya kepada FMT.

Tembelang mereka berjaya dibongkar selepas Aisara dihubungi sumber yang mendakwa rapat kumpulan “pengadu” terbabit yang menceritakan modus operandinya.

Dakwanya, kumpulan berkenaan terdiri daripada sekumpulan wanita berusia 20-an yang menyasarkan pegawai berpengalaman seperti dirinya dengan membuat aduan palsu menggunakan SISPAA.



Menurutnya, lima anggota kumpulan itu mempunyai lebih daripada satu akaun e-mel khusus bagi membuat aduan bertujuan untuk menunjukkan pegawai terbabit ‘benar-benar bermasalah’ sehingga menerima banyak aduan.

Semakan Aisara dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga mengesahkan puluhan aduan terhadapnya datangnya daripada kumpulan terbabit.

“Mereka akan cari mangsa dan beramai-ramai serang mangsa di SISPAA serta media sosial.

“Walaupun didapati tidak bersalah, pegawai kerajaan dinasihat menutup akaun media sosial, ini menggembirakan kumpulan terbabit. Mengikut sumber saya, mereka buat ini untuk kepuasan hati,” katanya yang mendakwa berbelas penjawat awam telah menjadi mangsa.



Bagi menegakkan keadilan, Aisara merancang memfailkan saman terhadap lima ‘pengadu’ terbabit sebagai pengajaran supaya mereka tidak lagi mengulangi kesalahan sama.

Beliau juga berharap sistem itu diperketatkan lagi untuk melindungi penjawat awam daripada menjadi mangsa fitnah pada masa depan.

FMT telah menghubungi wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mengulas aduan Aisara berhubung salah guna SISPAA. FMT

SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker