Nasib pengkhianat ‘katak’ akan berakhir dengan persaraan – Anwar

Nasib pengkhianat ‘katak’ akan berakhir dengan persaraan – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan nasib para ‘pengkhianat’ parti akan berakhir dengan persaraan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, tegas Anwar, parti itu akan mengetengahkan calon-calon terkuat di kerusi dipegang ‘pengkhianat-pengkhianat’ tersebut.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, belum ada dalam sejarah pemimpin-pemimpin yang khianat ini mampu bertahan.

“Saya beri mesej jelas, apa pun alasan diberikan, dia khianat akan ditolak. Mereka yang khianat tidak pindah berdasarkan prinsip sebaliknya disebabkan harta dan kuasa.

“Kita telah arahkan pimpinan tentukan calon-calon yang kuat untuk menumbangkan ‘pengkhianat-pengkhianat’ ini,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan barisan kepemimpinan PKR negeri.

Dalam perkembangan lain, Anwar mencadangkan agar PRU15 diadakan tahun depan bukannya pada musim banjir.

Katanya, mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memilih menetap tarikh pilihan raya tersebut pada masa yang sesuai yang tidak membebankan rakyat.

“Kita prihatin terhadap masalah banjir dan saya kira apabila keadaan lebih terkawal iaitu sebaik-baiknya pada tahun depan (PRU15),” katanya. Utusan

Nasib pengkhianat ‘katak’ akan berakhir dengan persaraan – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker