Salahlaku Tommy Thomas Ancam Keselamatan Negara, Dakwa Segera

Oleh Tun Teja

Dalam laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat buku Tommy yang bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang dibentangkan kepada kerajaan, menyarankan agar Jabatan Audit Negara dan agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan audit dan siasatan terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengesan sama ada terdapat salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Persoalannya berapa lama masa yang diperlukan untuk Tommy Thomas disiasat memandangkan sebelum ini Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy Thomas tidak didedah kepada umum.

Perkara ini dilihat sangat mencurigakan. Adakah Tommy Thomas kebal dari tindakan undang-undang?



Salah laku Tommy Thomas dilihat sebagai satu ancaman kepada negara. Antara salah laku tersebut adalah menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng dan yang melibatkan orang Pakatan Harapan (PH).

Beliau dikatakan Peguam Negara yang menggugurkan kes 12 orang termasuk dua ADUN DAP yang telah didakwa kerana menyokong kumpulan pengganas Tamil Eelam (LTTE). Alasan Tommy Thomas kononnya kes itu tidak ada prospek untuk menang tidak boleh diterima. Ini memandangkan pihak PDRM yakin mereka ada bukti kukuh.

Pada bulan September 2018 Rafizi diarah oleh Mahkamah Majistret membela diri kerana memfitnah Tabung Haji namun dihari pertama perbicaraan, kes itu ditarik balik atas arahan Tommy Thomas.

Beliau juga dilihat sebagai menjual kedaulatan negara dalam isu tuntutan Sultan Sulu. Surat Tommy Thomas (2019) yang mengaku akan membayar balik tunggakan RM 48,000 dijadikan bukti oleh Mahkamah Timbang Tara bahawa Malaysia mengaku salah. Bersandarkan surat Tommy tersebut, Malaysia diarahkan membayar RM 67 bilion kepada keluarga Sultan Sulu. Aset Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus bernilai AS$2 bilion mahu dirampas.



Pendakwaan terhadap pemimpin UMNO dan serbuan ke atas rumah Najib begitu pantas sekali bila PH mendapat kuasa. Kenapa dakwaan terhadap Tommy yang mempunyai bukti-bukti kukuh perlu dilewat-lewatkan?

Tommy boleh disiasat di bawah Seksyen 124 dan 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker