Kapal tangki minyak Rusia dilarang berlabuh di Malaysia

Amerika Syarikat berkata, kapal tangki minyak Linda dimiliki PSB Leasing, sebuah unit pemberi pinjaman Rusia, Promsvyazbank, yang turut dikenakan sekatan antarabangsa. (Gambar Vesselfinder)

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal tangki minyak dengan bendera Rusia yang disasarkan sekatan Amerika Syarikat (AS) tidak dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi, kata Kementerian Pengangkutan atas alasan tekanan global untuk menekan perniagaan berkaitan Moscow kerana menceroboh Ukraine.

Linda, yang disenaraikan dalam dokumen Perbendaharaan AS memperincikan sekatan ke atas entiti Rusia, dijadualkan tiba di pelabuhan itu hujung minggu ini, menurut laporan Reuters semalam yang memetik data perkapalan.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pengendali pelabuhan itu memutuskan untuk menolak hasrat kapal terbabit menurunkan sauh di sana “supaya tidak melanggar sebarang sekatan”.

“Kementerian akan terus memantau keadaan itu untuk tindakan lanjut yang mungkin diperlukan mengikut dasar kerajaan semasa.”

Menurut AS, Linda dimiliki PSB Leasing, sebuah unit pemberi pinjaman Rusia, Promsvyazbank, yang turut dikenakan sekatan antarabangsa.

Provsyazbank bagaimanapun menafikan anak syarikatnya memiliki kapal itu.

Sebuah kumpulan advokasi AS berkata, Linda turut disyaki membawa minyak Iran.

Semalam, Singapura mengecam serangan Rusia ke atas Ukraine dan mengumumkan kawalan eksport ke atas barangan yang boleh digunakan sebagai senjata di Ukraine, selain melaksanakan sekatan perbankan dan kewangan.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker