Pemandu lori terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh

Pemandu lori terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh

SEORANG pemandu lori muatan surat khabar berhadapan detik cemas selepas kenderaan dipandunya teperangkap dalam kejadian jambatan runtuh di Jalan Bentong-Raub Lama berhadapan sebuah tokong Cina dekat Raub hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi itu mengakibatkan pemandu lori Chia Kein Bong, 30, mengalami kecederaan ringan, dan dia telah dibawa ke hospital Bentong untuk rawatan.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sekitar 11.30 malam semalam sehingga awal pagi.

“Susulan insiden berkenaan, laluan di kedua-dua arah telah ditutup dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Raub menerusi catatan di Facebook memaklumkan laluan berkenaan ditutup bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda arahan disediakan, dan jalan alternatif yang boleh digunakan adalah laluan utama Persekutuan FT008,Bentong-Raub dan FT34,Central Spine Road. Utv

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Pemandu lori terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker