Pengetip Kuku Tersangkut Di Kerongkong Bayi 8 Bulan Gara-Gara Tertelan Ketika Bermain

Pengetip Kuku Tersangkut Di Kerongkong Bayi 8 Bulan Gara-Gara Tertelan Ketika Bermain

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan berdepan dengan detik cemas apabila tertelan pengetip kuku dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan objek tersebut yang tersangkut di kerongkongnya.

Bayi tersebut dikejarkan ke hospital di Nashik, barat India, selepas ibu bapanya menyedari anak mereka tertelan objek tersebut ketika bermain, tanpa sempat menghalang perbuatannya.



Hasil pemeriksaan x-ray menunjukkan objek berkenaan tersangkut tepat di bahagian bawah leher.

Bayi tersebut bernasib baik kerana masih boleh bernafas, tetapi ia mengundang bahaya sekiranya objek tersebut masuk ke dalam perut.

Bayi malang itu dirujuk kepada pakar di Kolej Perubatan Dr Vasantrao Pawar, di mana pengetip kuku berjaya dikeluarkan dalam pembedahan yang berlangsung selama sejam.



Doktor mengesahkan bayi tersebut stabil dan beransur pulih selepas prosedur pembedahan. – Metro.co.uk

Pengetip Kuku Tersangkut Di Kerongkong Bayi 8 Bulan Gara-Gara Tertelan Ketika Bermain

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker