MR D.I.Y lancar kempen ‘Poket Selamat’
MR D.I.Y lancar kempen ‘Poket Selamat’
Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut tidak lama lagi, MR D.I.Y melancarkan kempen ‘Poket Selamat’ edisi ke-8 sepanjang bulan Julai ini.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata berkata, kempen terbabit menawarkan produk dengan nilai terbaik dan diskaun menarik sehingga 30 peratus di cawangan MR D.I.Y di seluruh negara termasuk di laman web e-dagangnya di mrdiy.com.my.
“Kempen ini akan berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2022, pelanggan boleh mengenal pasti produk-produk yang ditawarkan pada harga diskaun di laman web https://bit.ly/mrdiypoket8.
“Kempen ‘Poket Selamat’ bertujuan menjadikan pengalaman beli-belah sesuatu yang tidak membebankan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, kerjasama erat dengan pengeluar membantu MR D.I.Y menawarkan produk dengan harga yang sentiasa rendah dan tepat pada masanya.
“Ia merupakan inisiatif MR D.I.Y membantu orang ramai meraikan Hari Raya Aidiladha disamping meringankan beban akibat kos sara hidup yang semakin meningkat selain memastikan barangan keperluan boleh didapati pada harga yang tidak membebankan.
“Rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun ke atas rangkaian produk yang ditentukan temasuklah produk penjagaan rumah, barangan keperluan harian, produk elektrik dan alat permainan,” jelasnya.
Tambah kenyataan tersebut, pengisar makanan ‘Speedy Food Chopper’ antara yang menarik perhatian memandangkan ia sering digunakan untuk memasak pada musim perayaan dan ditawarkan pada harga RM8.90 berbanding harga asal RM13.10.
“Pada masa sama, MR D.I.Y. juga telah membuka cawangan terbesar setakat ini di Mid Valley dengan menawarkan kira-kira 20,000 jenis produk pada harga yang sentiasa rendah.
“Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ini orang ramai boleh melayari laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram. K Online
MR D.I.Y lancar kempen ‘Poket Selamat’
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.