Tiga lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda

Sebaran :

SHAH ALAM – Tiga lagi mayat disyaki mangsa lemas ditemui anggota Bomba dan Penyelamat di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini pada Isnin dan Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat pertama seorang lelaki tempatan berusia 50-an ditemui di tingkat atas sebuah rumah, kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin.

“Kita juga mengeluarkan satu lagi mayat dipercayai wanita tempatan berusia 70-an dari sebuah rumah pada jam 8.35 malam. Satu lagi mayat wanita tempatan berusia 60-an ditemui dalam sebuah rumah satu tingkat pada jam 6.20 pagi Selasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Norazam berkata, sehingga jam 1.15 tengah hari, jumlah kematian membabitkan mangsa banjir di Taman Sri Muda dipercayai akibat lemas seramai sembilan orang.



Pada Isnin, media melaporkan tiga mayat mangsa lemas ditemui orang awam dan pasukan Bomba dan Penyelamat di Taman Sri Muda.

Anggota Bomba dan Penyelamat turut menemui satu mayat wanita berusia 40-an dalam sebuah rumah kira-kira jam 12 tengah hari semalam, manakala dua lagi mayat dipercayai dua beranak perempuan berusia lingkungan 60-an dan 80-an turut ditemui dalam sebuah rumah di kawasan berkenaan pada jam 3 petang.

Kesemua mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan Norazam memaklumkan mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dalam parit di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Haji Sirat, Klang sejak Ahad lalu, ditemui pada Selasa.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *