Bantuan Kewangan Banjir Perlu Disegerakan – Ismail

Bantuan Kewangan Banjir Perlu Disegerakan – Ismail

JELEBU, 21 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pembayaran bantuan kewangan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas banjir disegerakan.

Katanya beliau telah membangkitkan perkara itu semasa mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri besar negeri yang terlibat banjir supaya memfokuskan kepada operasi pasca bencana alam itu.



“Saya telah umum semalam, kerajaan sediakan peruntukan awal. Makna ada lagi. Peruntukan awal RM100 juta untuk membaik pulih sama ada jambatan, jalan, infrastruktur lain termasuk rumah. Pada masa sama, kerajaan bersetuju salurkan RM1,000 per keluarga.

Setiap keluarga terkesan akibat banjir. Nama perlu dihantar kepada pejabat daerah berkaitan. Saya nak ia dipercepatkan supaya pembayaran tidak perlu tunggu lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Besar D’ Sury, Jelebu.

Ismail Sabri juga mahu urusan pembersihan pasca banjir di kawasan yang terlibat dipercepatkan bagi memudahkan urusan penduduk untuk kembali ke kediaman masing-masing.

“Saya harap urusan penduduk kembali ke kediaman masing-masing disegerakan dan tidak mahu nanti jika lewat memberikan kelulusan akan menjejaskan kemasukan mangsa ke rumah masing-masing,” katanya.



Beliau berkata jika buat masa ini air sudah mula surut, maka pejabat daerah bolehlah membenarkan penduduk kembali ke rumah sekiranya keadaan didapati selamat.

Ismail Sabri berkata pihaknya akan menguruskan serta memberi arahan kepada agensi terlibat termasuk bomba, tentera, polis dan pihak majlis daerah yang mempunyai peralatan mencukupi supaya membantu mempercepatkan proses pembersihan di kediaman yang terjejas.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya mengalu-alukan pihak badan bukan kerajaan (NGO) untuk turun padang bagi membantu proses pembersihan namun mereka diminta untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berkaitan.

“Saya percaya ramai NGO akan terlibat cuma kita harap mereka ini maklumkan kehadiran supaya memudahkan pusat bantuan banjir daerah mengatur mereka untuk terlibat dalam misi membantu mangsa banjir,” katanya.



Bantuan Kewangan Banjir Perlu Disegerakan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir



Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker