Cikgu selamatkan anak murid dari dipatuk ular tedung dalam beg sekolah

Guru itu membawa beg sekolah mengandungi ular tedung itu jauh dari sekolah dan melepaskan reptilia itu dengan selamat. – India Today

NEW DELHI – Seorang guru berjaya menyelamatkan nyawa anak muridnya apabila menemui seekor ular tedung selar atau King Cobra secara tidak sengaja dalam beg sekolah kanak-kanak itu, lapor laman India Today semalam.

Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial, guru lelaki itu dilihat sedang memeriksa beg sekolah kanak-kanak perempuan bernama Uma Rajak di sebuah sekolah kerajaan di negeri Madhya Pradesh.

Tidak diketahui bagaimana atau bila ular tedung itu memasuki begnya.

Uma sebenarnya sedang mengeluarkan buku di dalam kelas apabila merasakan sesuatu bergerak di dalam begnya.

Dia memberitahu gurunya yang membawa beg itu dengan motosikalnya ke lokasi yang jauh dari sekolah.

Alangkah terkejutnya guru itu semasa memeriksa beg apabila mendapati ular tedung selar itu sedang berlingkar di sebalik buku-buku.

Disebabkan tindakan guru yang pantas itu, nyawa Uma terselamat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker