Polis Kenal Pasti Tular Individu Panah Anjing Hingga Mati [VIDEO]

Polis Kenal Pasti Tular Individu Panah Anjing Hingga Mati [VIDEO]

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Setapak di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek tersebut telah dikenal pasti, namun masih belum ditangkap.

“Kita telah menerima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan video tular tersebut pada jam 10.31 pagi, Ahad.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 ( Akta 772) dan Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, rakaman video tular berdurasi 18 saat itu memaparkan seorang lelaki memiliki busur serta anak panah mengekori seekor anjing dan memanah haiwan tersebut.

VIDEO DIBAWAH:-

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 03-92899110. SH

Polis Kenal Pasti Tular Individu Panah Anjing Hingga Mati [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker