Bayi lelaki meninggal dunia selepas sesak nafas

Bayi berusia sebulan 10 hari, Wan Noah Haydar meninggal dunia akibat sesak nafas di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang bayi lelaki berusia sebulan 10 hari meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Taman Merbau, Tikam Batu dekat sini pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi ketika bayi itu, Wan Noah Haydar Wan Muhammad Arif berada di bawah jagaan ibu bapanya.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dengan menggunakan kenderaan sendiri.

“Mangsa yang tiba di Jabatan Kecemasan HSAH kemudian disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Katanya, pemeriksaan awal doktor pada tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker