Pas boikot Presiden Gerakan bertanding di DUN Bayan Lepas

Pas boikot Presiden Gerakan bertanding di DUN Bayan Lepas

Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas menetapkan pendirian mahu memboikot hari penamaan calon Sabtu ini dan menutup bilik operasi sekiranya Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau terus bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15.

Menurut satu kenyataannya, ketua-ketua cawangan parti itu dan seluruh jentera Pas di DUN Bayan Lepas membantah sekerasnya hasrat Dominic untuk bertanding di kawasan yang mempunyai 64 peratus pengundi Melayu.

“Kerusi DUN N38 Bayan Lepas merupakan kerusi tradisi Pas sejak PRU12 lagi dan sudah semestinya pengundi-pengundi di sini mahukan calon Melayu dari Perikatan Nasional (PN).

“Kami memberi amaran keras kepada Saudara Dominic Lau Hoe Chai sekiranya masih berkeras untuk bertanding di kerusi Melayu maka kami bersama dengan seluruh jentera akan memboikot pada penamaan calon 29 Julai dan menutup Bilik Operasi Pas di seluruh DUN Bayan Lepas.

“Kami akan memastikan kekalahan kepada calon parti Gerakan jika tuntutan ini tidak dipenuhi.
Jangan sesekali bermain dengan api nanti api itu sendiri akan memakan diri,” katanya di sini, hari ini.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam menjelang pengumuman calon-calon PN bagi PRN Pulau Pinang yang akan diadakan di Pejabat Pas Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara, pukul 9 malam ini.

Terdapat tiga DUN di bawah Parlimen Balik Pulau iaitu Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Baru-baru ini, media melaporkan Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor mendesak Dominic supaya berundur dan tidak berangan-angan untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu di Tasek Gelugor PRN nanti. K Online

Pas boikot Presiden Gerakan bertanding di DUN Bayan Lepas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker