Perlantikan MB Johor: Sultan Johor Akan Putuskan Petang Ini – Hasni

Perlantikan MB Johor: Sultan Johor Akan Putuskan Petang Ini – Hasni

Persoalan siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor akan diputuskan petang ini oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berkata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor hari ini berhubung perkara itu.

“Terpulang kepada keputusan petang ini,” kata beliau kepada pemberita secara ringkas di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini.

Dengan berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 pada Sabtu, perhatian kini beralih kepada pelantikan Menteri Besar baharu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, ketika kempen pilihan raya telah menamakan ADUN Benut Hasni, yang dilantik semula sebagai calon tunggal Menteri Besar Johor.

BN memenangi pilihan raya Johor dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti, memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Terdahulu Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada 2.30 petang.

Turut kelihatan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau kemudiannya dilihat meninggalkan perkarangan Pejabat Perhubungan UMNO Johor kira-kira 20 minit kemudian.– BERNAMA

Perlantikan MB Johor: Sultan Johor Akan Putuskan Petang Ini – Hasni

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker