Mayat manusia ditemui dalam 53 beg plastik sampah

Kira-kira 53 beg plastik sampah berisi mayat manusia dikeluarkan dari sebuah kubur di bandar Irapuato, Mexico sejak akhir Oktober lalu, dengan kerja-kerja penggalian bermula selepas penduduk tempatan melaporkan melihat se­ekor anjing merayau-rayau sambil menggonggong tangan manusia.

Menurut akhbar USA Today, Irapuato yang terletak dalam ne­geri Guanajuato, mempunyai kadar pembunuhan tertinggi antara kesemua 32 negeri di Mexico.

Keganasan sering tercetus akibat persengketaan bertahun-tahun antara kartel dadah Jalisco dan Sinaloa.



Menurut pengasas sebuah organisasi yang mencari orang hilang, Bibiana Mendoza, dia pergi ke bandar Irapuato untuk mencari saudara lelakinya selepas mendengar beberapa laporan mengatakan bahawa terdapat anjing merayau-rayau sambil membawa tangan manusia.

Mendoza, 32, kini bekerja­sama dengan pakar-pakar forensik untuk mengenal pasti identiti mayat yang ditemui di dalam 53 beg sampah itu.

“Ketika orang ramai datang dari seluruh dunia untuk menonton acara Cervantino (festival seni antarabangsa di kawasan tersebut), kami menggali mayat dan pada masa sama, saya berpendapat perbuatan kami ini  hanya sia-sia kerana lebih ramai mangsa ditanam di kawasan-kawasan  lain di bandar ini,” kata Mendoza.

Beberapa pertempuran ganas tercetus antara kartel dadah dengan agensi penguat kuasa undang-undang di negeri Guanajuato sejak beberapa bulan ke­belakangan ini.



Dalam kejadian berasingan, sebilangan anggota  sebuah kartel dadah terbunuh Ahad lalu semasa menyerang balai polis di Celaya iaitu  sebuah pekan yang terletak kira-kira 64 kilometer ke timur Irapuato. – Agensi

 

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi



Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker