‘Influencer’ kahwin diri sendiri meninggal dunia

‘Influencer’ kahwin diri sendiri meninggal dunia

‘Influencer’ kahwin diri sendiri meninggal dunia
BINGBING memenuhi impian terakhirnya untuk menjadi pengantin. – AGENSI

BEIJING – Seorang pempengaruh menghidap kanser yang ‘mengahwini diri sendiri’ untuk memenuhi impiannya menjadi pengantin, meninggal dunia secara tragis pada usia 29 tahun, lapor akhbar Daily Star.

Wang Bingbing meninggal dunia awal semalam. Pada 2023 ketika berusia 27 tahun, kehidupannya berubah secara drastik apabila dia disahkan menghidap kanser serviks peringkat pertengahan.

Selepas itu, Bingbing mula berkongsi perjuangan menghadapi kanser secara dalam talian.

Dia menjalani histerektomi lengkap pada November 2023, diikuti kemoterapi. Walaupun menerima rawatan, penyakit itu kembali semula pada Jun 2025, seperti petikan laman berita NeedToKnow.Video Berita Terkini

Kanser itu juga telah merebak dan dia menerima rawatan tambahan, di mana penampilannya berubah secara mendadak.

Akhir tahun sama dan menyedari ajalnya semakin hampir, Bingbing mengadakan ‘perkahwinan untuk seorang’ bagi memenuhi impian menjadi pengantin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


“Mengahwini diri sendiri masih dikira sebagai berkahwin,” katanya di hadapan kamera.

Ketika meninggal dunia, dia telah mengumpulkan lebih setengah juta pengikut.

Selepas kematian Bingbing, kakaknya berkata di laman sosial: “Adik saya baik hati, berhati murni, ceria dan bersikap mesra.

“Pemergian mengejutnya menyebabkan seluruh keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan berada dalam kesedihan yang amat mendalam,” tambahnya. – AGENSI

‘Influencer’ kahwin diri sendiri meninggal dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker