Lelaki gigit pramugari

Lelaki gigit pramugari

Lelaki gigit pramugari
SEBUAH pesawat Qantas menunggu untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada 27 Februari 2025. – AFP

SYDNEY – Syarikat penerbangan Australia, Qantas terpaksa melencongkan penerbangan menuju ke Amerika Syarikat selepas seorang penumpang mencetuskan gangguan dengan media tempatan melaporkan lelaki berkenaan menggigit seorang pramugari.

Penerbangan tersebut dari Melbourne menuju ke Dallas kelmarin. Ia terpaksa singgah di ibu negeri wilayah Polinesia Perancis, Papeete berikutan insiden itu.

Lelaki itu ditahan oleh penumpang lain. Media tempatan termasuk badan penyiaran Australia, ABC melaporkan bahawa dia menggigit seorang kakitangan Qantas.

Lelaki itu diiring keluar oleh pihak berkuasa tempatan semasa ketibaan dan dikenakan larangan terbang pada semua pesawat Qantas.

“Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan nombor satu kami dan kami mempunyai toleransi sifar terhadap tingkah laku yang mengganggu atau mengancam dalam penerbangan kami,” kata seorang jurucakap Qantas kepada AFP semalam. – AFP

Lelaki gigit pramugari

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker