Peguam baharu Najib tarik diri jika rayuan diteruskan 15 Ogos

PUTRAJAYA – Pasukan peguam yang baharu dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu, minggu depan.

Media difahamkan peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, tidak bersedia meneruskan rayuan itu kerana ia melibatkan isu penting dan memerlukan masa untuk persediaan kerana ia bukan rayuan biasa.

Oleh itu, jika mahkamah tetap mahu prosiding rayuan utama diteruskan pada Isnin ini, peguam terlibat tidak mempunyai pilihan, selain menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu.



Difahamkan, perkara itu dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Fatimah Zahara Wan Yusoff dan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes di hadapan mereka yang dijalankan secara dalam talian pada Rabu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul bertindak bagi pihak responden, manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M.Rueben mewakili Najib (perayu).

Pada 26 Julai, Najib telah memberhentikan Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai peguam yang mewakilinya. – Bernama

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi



Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker