Agong zahirkan ucapan terima kasih kepada Najib

Agong zahirkan ucapan terima kasih kepada Najib

MARAN – “Jangan sekali-kali menjadikan masjid sebagai sebuah gelanggang politik.”

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Seri Paduka bertitah demikian ketika berkenan berangkat dan merasmikan Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Yang Ke-63 hari ini.

Titah Yang di-Pertuan Agong, pengurusan masjid di negara ini kena sentiasa berusaha untuk mengimarah dan menjadikan rumah Allah sebagai tempat berhimpun bagi umat islam membentuk ikatan dalam hubungan manusia dengan tuhan dan sesama manusia.

“Selain itu, pengurusan masjid juga hendaklah lebih giat memikat golongan pemuda dan remaja untuk turut terlibat dalam mengimarahkan masjid,” titah Seri Paduka.

Tambah Seri Paduka, peranan masjid juga boleh dikembangkan dengan pelbagai fungsi lain termasuk sebagai pusat aktiviti ekonomi, kesukanan, persatuan, pembelajaran dan kemasyarakatan.

“Natijahnya, masjid adalah merupakan sebuah one stop centre yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat setempat,” titah Al-Sultan Abdulllah.


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menandatangani plak perasmian Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini hari ini.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis turut dihadiri, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, barisan Exco Negeri Pahang dan pemimpin setempat.

Pada majlis terbabit, Seri Paduka juga berkenan mengisytiharkan Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka itu sebagai masjid daerah yang baharu dengan nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Masjid yang menjadi mercu tanda baharu di Bandar Tun Razak Jengka itu mula dibina pada 12 Oktober 2015 dan siap sepenuhnya pada Januari 2018.

Seri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan sejumlah RM9.5 juta untuk pembinaan masjid tersebut ketika beliau menjadi Perdana Menteri ketika itu. MG

Agong zahirkan ucapan terima kasih kepada Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker