RM300 satu kepala, tak pedulilah macam sardin

SHAH ALAM – Seorang pemandu e-hailing tergamak menyembunyikan tiga wanita Myan­mar dalam but kereta Nissan Teana miliknya selama tujuh jam semata-mata mahu mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Kesemua wanita yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) itu kemudian dibawa sejauh 480 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang, Selangor untuk mencari pekerjaan.

Turut berada dalam kereta sedan berwarna hitam itu adalah tiga lagi lelaki warga Myanmar yang ditemui di kerusi penum­pang belakang.



ENAM PATI warga Myanmar yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Shah Alam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kesemua PATI termasuk tiga wanita itu berusia 18 hingga 36 tahun, manakala pemandu e-hailing yang terlibat merupakan warga tempatan berusia 31 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, pemandu berkenaan yang turut disahkan positif syabu­ menerima upah sebanyak RM300 bagi setiap PATI yang dibawa ke negeri ini.

“Tindakan lelaki berkenaan terbongkar selepas dia melalui satu sekatan jalan raya di Persiaran Tun Teja Alam Impian kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Ketika pemeriksaan, pihak polis menemui tiga lelaki Myanmar di bahagian penum­pang belakang, manakala tiga lagi wanita disembunyikan dalam but belakang.



“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya di sini semalam.

Tambah beliau, pemandu kereta terbabit turut mendakwa menerima bayaran daripada sindiket sebanyak RM300 bagi setiap PATI yang dibawa dari Kota Bharu ke Klang.

Katanya, upah itu diterima daripada individu digelar dikenali sebagai ‘Pok Sey.

“Kita turut menemui peralatan menghisap dadah di beg yang dipakai pemandu berkenaan selain bungkusan plastik mengan­dungi 50 biji pil berwarna merah yang dipercayai pil kuda.



“Suspek kini direman 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, manakala enam PATI Myanmar direman selama 14 hari,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Antipemer­dagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker